PANDUAN RINGKAS SEKIRANYA ANDA TERJUMPA SEBUAH HADITH
JIKA ANDA TERJUMPA SEBUAH HADITH…
oleh Ustaz Adlan Abdul Aziz
1- Pastikan siapakah yang meriwayatkan hadith itu. Cara yang paling
mudah ialah bertanya kepada orang yang berilmu tentang hadith. Cara lain
ialah dengan anda sendiri mencarinya dalam buku-buku hadith. Ini
kerana…
2- Anda perlu mengetahui kesahihan hadith. Untuk
mengetahui kesahihan hadith, kebiasaannya kita perlu mengetahui sumber
asal hadith tersebut. Cara mudah untuk mengetahui kesahihan sesebuah
hadith ialah dengan bertanya kepada orang yang mengetahui. Jika anda
mampu, bolehlah mengkaji pendapat ulama terdahulu dan masa kini.
3- Jika hadith itu dhaif, maka ia diragui sama ada benar-benar datang
dari Rasulullah SAW atau tidak. Hadith sebegini tidak boleh disebutkan
sebagai ‘hadith sahih’ atau ‘sabda Rasulullah SAW’ kerana kita tidak
pasti. Semua ulama hadith menyatakan bahawa hadith dhaif tidak boleh
digunakan dalam persoalan hukum dan aqidah.
4- Jika hadith itu
palsu, maka ia langsung tidak boleh dikaitkan dengan diri Rasulullah
SAW. Sekiranya maksudnya tidak menyalahi syariat, maka gunakanlah ia
tetapi bukan sebagai hadith tetapi sebagai kata-kata hikmah.
5-
Jika hadith itu sahih, maka ia bolehlah diceritakan kembali atau
ditulis sebagai sebuah ‘hadith Rasulullah SAW’ atau ‘sabda Nabi’.
6- Jika hadith itu mengandungi sesuatu hukum atau saranan, maka
pelajarilah maksud hadith tersebut daripada ahli ilmu agar kita tidak
tersalah faham lantas tersalah pula dalam beramal.
7-
Sebarkanlah hadith itu kepada orang lain agar kita tergolong dalam
kalangan orang yang menyampaikan dan menyebarkan hadith Rasulullah SAW.
Selamat mencuba!