Monday 23 September 2013

- Fiqh 1- HUKUM ANJING bahagian 1



BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN ANJING
Disusun oleh : Muzani Anh
Disemak oleh : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzal Abdul Latif

Anjing merupakan antara haiwan yang termasuk dalam najis mughallazah, begitu juga dengan babi. Babi diqiyaskan kepada anjing kerana terdapat mudarat pada kedua-dua haiwan ini. Mengikut pandangan Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk  dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
Anjing merupakan najis ‘ain merangkumi peluh, sisa dan seluruh keturunan anjing itu. Meskipun dalam hadith hanya menyebut berkenaan jilatan anjing kepada bekas perlu disamak,seperti Sabda nabi Saw :

طُهُوْرُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيْهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُوْلاَهُنَّ بِالتُّرَابِ
Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sucinya bejana kamu apabila dijilat airnya oleh anjing adalah dengan dicuci tujuh kali, yang pertama dengan tanah. (HR.Muslim)

 tetapi menurut Mazhab Syafie, mulut adalah anggota yang terbaik bagi anjing itu kerana ia sering membuka mulut dan mengeluarkan lidahnya, tetapi ia tetap dihukum najis. Oleh itu, sudah tentu bahagian badannya yang lain lebih utama dihukum sebagai najis. (rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh). Secara logiknya, apabila mulutnya dan air liur adalah najis maka sumber datangnya air liur juga dira sebagai najis (rujuk Fiqh Berinteraksi dengan Non-Muslim, m/s 61)

Air liur anjing
2  keadaan keturunan anjing:
- anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dan khinzir dikira sebagai anjing atau khinzir juga.
- anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dengan haiwan suci lain seperti kambing dan lembu dikira najis kerana mengikut hukum anjing. Begitu juga dengan khinzir.

Berkaitan dengan kenajisan anjing,terdapat perbezaan pendapat para ulama, antaranya Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa anjing ialah najis. Imam Syaukani juga mengatakan demikian serta ini adalah pendapat jumhur(majoriti) ulama,. Ada juga yang mengatakan anjing bukan najis seperti dalam Mazhab Maliki. Meskipun demikian, berkaitan dengan tahi anjing, semua ulama bersepakat bahawa ia adalah najis. (Rujuk Fiqh Berinteraksi dengan Non-Muslim).
Dalam matan fiqh iaitu Fath al-Qarib :
“ Dan kulit bangkai menjadi suci dengan proses samak melainkan kulit anjing dan khinzir dan apa yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.”
oleh itu, kita dapat fahami bahawa kenajisan anjing itu ialah pada zat dan ‘ainnya dan kulitnya tidak dapat disucikan walaupun telah disamak.
BILANGAN BASUHAN AIR KETIKA SAMAK
Najis anjing dan babi perlu merupakan najis mughallazah (berat) dan tidak memadai membasuhnya sebanyak satu kali basuhan seperti najis-najis lain. Babi diqiyaskan kepada anjing(dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing. (Rujuk Fiqh Manhaji m/s 47 Jilid 1).
1.    Bilangan basuhan air ketika samak berdasarkan hadith Abu Hurairah :

-  7 kali
basuhan pertama dicampur dengan tanah.
(Rujuk Nailul Authar, m/s 75)

2.    Bilangan basuhan air ketika samak ialah :

- 7 kali
basuhan pertama atau terakhir dicampur dengan tanah.
(Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)

·         Basuhan  pertama lebih utama menggunakan air yang dicampur dengan tanah kerana air basuhan seterusnya dapat membersihkannya.
·         Dalam Mazhab Syafie, pendapat yang azhar (kuat) ialah tanah sebagai satu-satunya bahan yang mesti digunakan dan tidak memadai mengunakan sabun.
(Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)


Maksud air yang dicampurkan dengan tanah
Dalam Furu’ Masail Wa Usul Wasail, Sheikh Daud al-Fathoni berkata:
“ Air yang bercampur dengan tanah bermaksud air itu digaul dengan tanah. Bukannya hanya dengan melalukan air pada tanah.”
Hikmah membersihkan najis mughallazah dengan air bercampur tanah

ini adalah satu simbolik kepada asal kejadian Nabi Adam sehingga akhirnya anak  cucu Adam dilahirkan dan hidup membesar di atas perut bumi yang dilingkungi tanah hingga akhirnya meninggal dunia dimasukkan ke dalam tanah.( rujuk Furu Masail Wa Usul Wasail , m/s 165)

  Kajian saintifik terhadap tanah menunjukkan bahawa terdapat bacteria yang diperoleh daripada tanah menghasilkan produk yang bernama ivermectin. Ubat ini mampu membunuh cacing yang menyerang manusia dan binatang dengan cara menghalang penyebaran maklumat dalam system saraf cacing. ( Rujuk Al-Quran Saintifik,Bab 88 dan 89)

BERKAITAN TAHI ANJING BANYAK DI JALANAN
Di maafkan tanah jalan yg diyakini najisnya walaupun dgn najis mugallazah, kerana susah mengelakkannya, selagi tidak kekal ain najisnya terasing daripada tanah dan tidak hancur dalam tanah. Sekiranya ain najis terasing dpd tanah maka tidak dimaafkan, walaupun ia menyeluruh pada jalan, atas pendapat yg aujah (pendapat ashab yg terkuat).

Di sebut dalam Nihayah Al-Muhtaj Syarah Al-Minhaj oleh Syaikh Ramli berkata ,
“ tetapi jika najis menyeluruh pada jalan, maka Zarkasyi mempunyai ihtimal (barangkali) dimaafkan dan cenderung kalamnya kepada berpegang kpd maaf.”

Syaikh Ibnu Hajar telah berfatwa sekiranya jalan tidak mempunyai tanah, dan di dalamnya terdapat najis manusia dan anjing, dan telah ditimpa hujan, bahwa ia dimaafkan, ketika susah megelakkannya.
 (Fathul Muin, 1/105 bersama I’anah Tolibin)

bersambung...

- Akhlak 1 - akhlak pada bukan muslim

Diriwayatkan oleh Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Tazkirah al Huffaz bahawa kisah kumpulan bukan muslim yang mengiringi jenazah seorang ulama ke kuburnya.

Ketika Mansur bin Zadzan iaitu seorang ahli hadith meninggal dunia, Abbad bin al awwam menyaksikan sekelompok kaum yahudi dan majusi turut hadir dalam majlis pengkebumian beliau.

Ibnu Jawzi pula meriwayatkan dalam Manaqib Imam Ahmad bahawa al Warkani berkata," pada hari kematian Imam Ahmad, majlis takziah dilakukan oleh 4 kelompok manusia iaitu kaum muslimin, kaum yahudi,kaum nasrani dan kaum majusi.

Bagind Nabi SAW juga amat menekankan kita untuk menunjukkan akhlak yang baik terhadap orang bukan Islam. Hal ini sebagai satu dakwah kepada mereka dan ternyata dakwah melalui akhlak merupakan cara yang terbaik. Bukan sahaja dapat menarim seorang untuk memeluk Islam bahkan satu bangsa tertarik untuk memeluk Islam sebagaimana yang berlalku pada bangsa Mongol.

Moga kita semua dapat menghayati kisah ini dan mengambil pengajaran yang sangat bermanfaat dan berguna ini.

Oleh :
Muzani Anh al- Kajani

Rujukan :
Rasul mulia,umat mulia, akhlak mulia oleh ust umar mohd noor
M/s 4-5

r

Saturday 13 July 2013

SIRI MEMAHAMI HADITH 2 - PANDUAN RINGKAS SEKIRANYA ANDA TERJUMPA SEBUAH HADITH JIKA ANDA TERJUMPA SEBUAH HADITH -

PANDUAN RINGKAS SEKIRANYA ANDA TERJUMPA SEBUAH HADITH
JIKA ANDA TERJUMPA SEBUAH HADITH…

oleh Ustaz Adlan Abdul Aziz

1- Pastikan siapakah yang meriwayatkan hadith itu. Cara yang paling mudah ialah bertanya kepada orang yang berilmu tentang hadith. Cara lain ialah dengan anda sendiri mencarinya dalam buku-buku hadith. Ini kerana…

2- Anda perlu mengetahui kesahihan hadith. Untuk mengetahui kesahihan hadith, kebiasaannya kita perlu mengetahui sumber asal hadith tersebut. Cara mudah untuk mengetahui kesahihan sesebuah hadith ialah dengan bertanya kepada orang yang mengetahui. Jika anda mampu, bolehlah mengkaji pendapat ulama terdahulu dan masa kini.

3- Jika hadith itu dhaif, maka ia diragui sama ada benar-benar datang dari Rasulullah SAW atau tidak. Hadith sebegini tidak boleh disebutkan sebagai ‘hadith sahih’ atau ‘sabda Rasulullah SAW’ kerana kita tidak pasti. Semua ulama hadith menyatakan bahawa hadith dhaif tidak boleh digunakan dalam persoalan hukum dan aqidah.

4- Jika hadith itu palsu, maka ia langsung tidak boleh dikaitkan dengan diri Rasulullah SAW. Sekiranya maksudnya tidak menyalahi syariat, maka gunakanlah ia tetapi bukan sebagai hadith tetapi sebagai kata-kata hikmah.

5- Jika hadith itu sahih, maka ia bolehlah diceritakan kembali atau ditulis sebagai sebuah ‘hadith Rasulullah SAW’ atau ‘sabda Nabi’.

6- Jika hadith itu mengandungi sesuatu hukum atau saranan, maka pelajarilah maksud hadith tersebut daripada ahli ilmu agar kita tidak tersalah faham lantas tersalah pula dalam beramal.

7- Sebarkanlah hadith itu kepada orang lain agar kita tergolong dalam kalangan orang yang menyampaikan dan menyebarkan hadith Rasulullah SAW.

Selamat mencuba!

Wednesday 1 May 2013


ALHAMDULILLAH..
sekarang sudah mula membuat foto2 dakwah yang memaparkan :

-ayat Al-Quran
- Hadith Nabi SAw
- kata2 para ulama
-kata2 para asatizah
- kata2 hikmah

Tujuan membuat foto ini tidak lain dan tidak bukan untuk berkongsi dan menyebarkan sebanyak mungkin kebaikan yang mana mudah mudahan mendapat keberkatan daripada Allah..

Bole 'like' dalam page saya iaitu ' Muzani ANH' dan saya mohon disharekan foto2 itu untuk manfaat bersama..
Syukran

Friday 1 March 2013



-SIRI MEMAHAMI HADITH 1-

HADITH 40 IMAM NAWAWI... asas bagi penuntut ilmu.

Ilmu hadith merupakan ilmu yang sangat penting untuk dipelajari. sebab itulah lahirnya para ulama yang berjuang untuk menghidupkan dan mengekalakan hadith dalam kehidupan manusia. antara karya yang ingin kita bincangkan ialah Arbain Nawawi atau Hadith 40 Imam Nawawi. saya kira tidak asing lagi bagi kita bahkan Hadith 40 imam Nawawi ini dijadikan bahan untuk tazkirah.usrah dan sebagainya.

Imam Nawawi mwngatakan dalm Muqaddimah hadith 40 Imam nawawi bahawa;

" Ada dalam kalangan para ulama yang mengumpulkan 40 hadith yang menyentuh masalah usul dalam dalam agama. ada pula yang menyusun 40 hadith yang menyentuh masalah furu' dalam agama. adalah juaga yanag menyusun 40 hadith berkenanaa jihad, ada juaga yang menyusun 40 hadith berkenaan zuhud dan masalah adab. kesemua ini mempunyai tujuan-tujuan yang baik.

Saya pula berpendapat bahawa untuk mengumpulkan 40 hadith yang lebih penting daripada itu iaitu dengan mengumpulkan 40 buah hadith yang mencakupi kesemuanya. setiapa haditah yang terdapat di dalamnya merupakan kaedah agama yang penting dan para ulama telah menyifatkan sebagai paksi putaran Islam atau sebagai separuh atau sepertiga daripada Islam dan seumpamanya." 1

Al-fadhil Ustaz Adlan Abd Aziz berkata;"

" Sebagai penuntut ilmu, Hadith 40 ini adalah asas utama dan perlu untuk menghafaznya dan memahami apa yang terkandung dalam hadith tersebut".

Al-Fadhil Ust Salman Maskuri Al-misri  berkata"

" Betapa ramai para ulama yang menuyusun 40 hadith berkenaan Islam sepertoi abdullah bin Mubarak,Hassan bin Sufyan dan sebagaianya, tetapi, mengapakah Hadith 40 Imam Nawawi ini menjadi tumpuan dan dipelajari di seluruh dunia serta disyarahkan oleh ramai ulama antaranya ialah Ibnu Rejab Al-Hanbali dalam kitabnya Jami' Al-Ahkam wal Ulum.


Sebabnya ialah kerana keikhlasan dan kesungguhan Imam Nawawi dalam menuntut ilmu dan ketegasan beliau dalam mengeluarkan fatwa untuk menjaga kemaslahatan umum. Satu ketika cahaya yang menerangi Imam Nawwi ketika beliau menulis telah padam,maka dengan izin Allah, keluarlah cahaya daripada jarinya untuk menerangi beliau."

MasyaAllah, betapa Allah muliakan hambaNya yang ikhlas. Jadi, kita Sebagai penuntut ilmu, perlulah berusaha untuk menghafaz Hadith 40 ini dan berusaha untuk memahaminya.

Al fadhil Ustaz Adlan Abdul Aziz mengatakan:

" Ilmu ini didapati dengan 2 cara:
1. belajar dengan ramai guru
2. banyakkan membaca

Mudah2an kita semua diberkati dan dirahmti Allah..amin





















Rujukan:

1. Syarah Al-Wafi Arbain Nawawi, dr MUstofa bugho dan Muhyiddin Misto, m/s 12



Thursday 28 February 2013

study : satu proses berterusan....

-jiwa coklat-

Study ataupun belajar/tuntut ilmu..dan berbagai lagi istilah yang ada untuk menunjukkan satu perbuatan yang amat bermanfaat buat kita semua..
Saya pernah dengar, seorang ustaz saya iaitu Ust Salman Maskuri Al-Misri mengatakan:

Imam Syafie berkata:
Solatkanlah jenazah buat orang yang malas menuntut ilmu.

Orang yang malas untuk belajar pada masa sekarang akan menyesal pada masa akan datang.

wah..kata-kata yang ringkas tapi penuh bermakna.

Guru saya selalu pesan:
Bacalah kisah2 ini,nescaya akan menghidupkan hati kamu,

- Kisah Para Nabi dan Rasul
- Kisah Para Sahabat
- Kisah Para Ulama
- Kisah Orang Yang Soleh..


Ayuh...kita sama-sama berusaha ke arah memartabatkn ilmu dalam diri kita dan semua..insyaAllah..
bittaufiq